Ada Masalah Jiwa : Wanita Yang Suka Rebut Suami Sah Orang, Khusus Di Aceh Apakah Banyak Terjadi…?

PASANGAN MESRA HINGGA TUA

TOSKOMI.COM || Nampaknya makin banyak kes suami isteri berpisah kerana orang ketiga, mereka yang suka melihat tangisan dan rasa gembira atas penderitaan orang lain sebenarnya mengalami masalah jiwa.

Bagi mereka,
hanya keinginan mereka sahaja yang harus dipenuhi. Mereka inginkan bahagia
tetapi melalui penderitaan orang lain. Bagi mereka, mereka rasa satu kepuasan
apabila melihat orang derita akibat dari perbuatannya itu.

Rasa
tidak senang duduk kerana melihat kebahagiaan orang lain, walaupun dengan adik
beradik ataupun dengan sahabat sendiri. Masalah jiwa seperti ini mampu membunuh
jiwanya sendiri jika tidak dapat memuaskan hati dan kehendaknya. Jika tidak
dikawal perasaan itu, kemungkinan besar akan berlakunya kes bunuh diri dan
gila!

Sering kali anda mendengar, mereka yang suka menghancurkan rumahtangga orang lain tidak akan sesekali menyesali akan perbuatannya itu, malah akan lebih rasa  gembira dan berbangga dengan kejayaan nya.

Ianya ada
persamaan dengan sikap orang gila, dimana mereka tidak akan memikirkan perasaan
orang lain dan tidak mengendahkan keperitan yang ditanggung oleh mangsa akibat
perbuatannya itu.

Sekiranya
seorang individu tersebut normal, tidak mungkin dia akan tergamak menghancurkan
rumahtangga orang lain hanya kerana kehendak nafsunya yang kuat untuk memiliki.

Mereka juga
sering dikatakan seorang yang suka kikis duit lelaki, bagi mereka lelaki yang
sudah berkahwin lebih stabil dari segi kewangan. Sebaiknya hindari dari
berkawan rapat dengan suami orang.

Jaga batasan dan jaga maruah seorang wanita, jangan terlalu mudah menyerahkan jiwa kepada suami orang. Jangan biarkan diri anda dianggap sebagai pemusnah rumahtangga orang. (Bukanaku.com)

Komentar

Loading...